Ni semua gambar masa aku dilahirkan hinggalah aku besar... dah 21 tahun aku melihat dunia... aku dilahirkan pada tanggal 31 Disember 1981... kira nak masuk tahun barulah.. abah aku nama nyer Fauzi Bin Che Abd. Rahman... dia seorang pesara tentera...garang tau... mak aku pulak namanya Mek Dah Bt. Dollah... seorang suri rumah. Adik Beradik aku sebenar nyer ada 7 orang kesemua nyer... tapi adik aku yang bongsu sekali telah pergi menemui Illahi sebab terlibat dalam kemalangan jalan raya... Semoga Tuhan Mencucuri rahmat ke atas rohnya.  AMIN.

 

Haa... ni pulak gambar aku masa zaman persekolahan... kalau korang nak tau..aku dulu banyak kali kena pindah sekolah... al-maklumlah abah aku seorang tentera... tapi seronok gak sebab leh dapat banyak member baru... kenangan masa sekolah yang tak dapat aku lupakan masa aku kena pindah sekolah kat Sabah... aku rasa macam nak nangis jer bila time nak gi sekolah... dah la sekolah tu jauh... takde kawan pulak tu...

masa aku dapat tawaran belajar kat PUO pun, aku rasa sedih gak sebab tak pernah rasa berpisah ngan family... tapi lama-lama ok la sebab ramai member... sekarang ni aku dok tengah study kat PSP pulak...amik diploma...korang doakanlah aku berjaya erk..

 

 

Okey lah... ni pulak gambar masa aku Konvo kat PUO. inilah kenangan manis aku...dulu aku jeles gak tengok orang pakai jubah... tapi sekarang aku sendiri dah sarung jubah tu kat badan aku... kejayaan aku  ni sebenarnya adalah kejayaan kedua orang tua aku yang telah mendidik aku sampai ke peringkat ni... aku berterima kasih pada mereka... tanpa mereka sapalah kita..betul tak?... Insya-Allah tak lama lagi aku akan konvo sekali lagi... tapi ni kat PSP pulak... aku berharap apa yang aku cita-citakan selama ini akan menjadi impian..

INSYA-ALLAH. 

 

 

BiaR PuTuS CiNTa TeTaPi JaNGaN PuTuS aSa. HiDuP MeSTi SeLaMBa, BiaR aPa oRaNG NaK KaTa...

 

|MENU UTAMA|  |BIODATA|  |RESUME|  |LAMAN IT|  |MUTIARA KATA|  |CORETAN|  |TIPS&DOA|  |LINK'S|  |GUESTBOOK|